Isnin, 1 Februari 2010

SALAM PERKENALAN

Salam untuk semua.
Hari bersejarah...terciptanya blog awangminyakatarkebia.

oleh kerana hari pertama....maka otak masih kosong....
tunggu lah hari hari berikut...

selamat malam.

9 ulasan:

  1. Kelahiran blog awangminyakatarkebia ini sebenarnya adalah atas ilham tuan sheikh khalid arab-families.com yang sudi mengiktiraf secara tidak resmi nama pena saya ialah awangminyakatarkebia.

    Saya baru mengenali arab-families.com dan saya dapati arab-families.com bakal menjadi salah satu laman web yang terkenal seperti brudirect, ranoadidas , anakbrunei, kurapak dan blog blog di Brunei yang lain.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...dengan bantuan anak tunggal saya Nur Aqirah, ( penuntut PTE Katok - Enam Bawah ) akhirnya laman utama awangminyakatarkebia berwajah baru hari ini...
    Semoga ada yang sudi menjadi pelawat yang pertama.
    Terima kasih atas perhatian biskita.

    BalasPadam
  3. Kita sebenarnya mempunyai idea yang hebat. Kita juga mempunyai peluang di depan mata. Kenapa masih gagal?
    Kawan-kawan kita memberitahu kita bahawa idea kita itu kolot dan sukar untuk diketengahkan . Akhirnya kita terpengaruh dan orang lain mengambil idea kita dan mereka berjaya menggunakan idea kita.

    Inilah yang sering berlaku pada kehidupan harian kita.
    Pengaruh telah melunturkan keazaman kita yang ada. Kenapa harus jadi begitu?

    Sumber : Pak Ngah- Farit Ismeth Emir.
    9/7/2010.

    BalasPadam
  4. Salam Lebaran
    Salah seorang rakan saya yang pernah menjadi wartawan akhbar WATAN pernah bercerita bagaimana wartawan generasi dulu yang pernah berkerja dengan Allahyarham Tan Sri Samat Ismail berkesempatan mendapat didikan daripada Pak Samat .
    Pak Samat seorang yang tegas tetapi dia lokek ilmu dan mengajar anak buahnya bagaimana untuk menjadi seorang wartawan yang berilmu dan memiliki etika kewartawanan yang tinggi.

    BalasPadam
  5. Orang miskin yang sabar boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya , tanpa sifat qanah , si hartawan akan terseksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh Sabda Baginda SAW : "Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah ruah, akan tetapi kekayaan ( yang sebenar-benarnya ) ialah kaya jiwa.

    BalasPadam
  6. Salam bahagia dan salam sejahtera di hari mulia, hari Jumaat, penghulu segala hari...
    Agak lama juga saya tidak menulis dalam blog saya ini...pada kesempatan yang terhad ini saya ingin memetik pengertian LAKON LAYAR yang dikirimkan by post oleh sahabat saya Encik Kamal Ishak. Pengarah filem dan penulis skrip tersohor di Malaysia.
    Lakon layar atau bahasa Inggerisnya di sebut Screenplay mempunyai makna yang sama dengan skrip. Di Indonesia ianya dikenali dengan panggilan Senario. Di televisyen , skrip drama juga dipanggil Lakun TV atau bahasa Inggeris TV Play. Apapun disebut samada lakon layar ( Screenplay ) atau Lakun TV ( TV Play ) ia adalah SKRIP.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam